Showing posts with label turn to Allah. Show all posts
Showing posts with label turn to Allah. Show all posts

learn to be strong..strong enough

anda rasa anda cukup berani/tabah/kuat/cekal?
tak perlukan bantuan daripada siapa siapa?
boleh mghadapi segalanya dengan petik jari?

dan ya, anda silap! silap sama sekali..

*uni life. satu perkara yang akan anda rasa pada hujung mggu. SUNYI.haha
bila roomate keluar utk outing dan balik rumah
tetapi anda cukup jauh utk pulang ke halaman di timur sana
rindu sama umi abah datuk nenek dan adik adik
hny berteman skype utk buat video call
tapi biasalah, All is well,kua3

strong??

1. u have choose it, so face it

pernah rasa menyesal dgn segala benda yg dah berlaku? hatta ianya pilihan anda sendiri? emm, if the answer is YES, anda mungkin menghidap sindrom "tidak percaya qada dan qadar Allah". once you seek for Allah guidance, and Allah lead you to the way..then never regret anything about it. kalau anda rasa masih ragu ragu dan terus berkata ' tempat aku bukan di sini', ataupon 'aku tak layak di sini' ataupon ' aku takde life kat sini'..dan sedarlah bahawa ianya bisikan syaitan, yg cuma sesatkan manusia. Setan yg nk kita hidup dalam keraguan dan kegundahan. dan bila dalam keadaan itu cepat cepatlah beristighfar dan mohon Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kita.

2. I have never experienced this before, so I can't!

wah3, igt atas dunia ni hangpa sorang ka yang masalah "sy tak pernah macam ni, ini pertama kali". semua orang hadapinya, akan hadapinya, dan akan berjaya mghadapinya. contoh yg mudah, anda tak biasa dgn buku yg tebal gila sampai 1303 page ( tak termasuk preface, index dan bermacam benda yg beratus page lagi). bila tgk je buku tu anda akan rasa satu ton pendulum bob menghempap anda, haha, tp roomate n classmate anda ok je go page by page(walaupon mereka sendiri tak paham apa2). it is normal, try to adapt to your new life. sama juga bila tak pernah duk jauhhhhh dgn family tersayang..mesti rasa nk balik rumah, tp sedarlah itu mengajar anda, menjadi seorang dewasa yang berdikari(lepas ni kamu nk jaga umi abah pulak)

3. i need someone, I cant face it alone

yes, everyone need friend. walaupon sekeras besi pn anda, sekuat serigala ekor sembilan, ataupon se-legend ichigo. tp anda tetap manusia yang mmpunyai hati. carilah kawan yg boleh bantu anda, walau sebanyak mana pon, utara selatan timur barat, walaupon anda sedikit awkward utk kecep utagha dan loghat selain kelantan. ianya boleh diatasi dengan sikap peramah dan baik. be kind to everyone. but but but, mesti igt ni, kawan anda pon ada hal dia, tekleh la selamanya harap dia tolong. so at that time belajar lah berdikari. *pandai2 lah pilih kawan di uni n sekolah, ada byk jenis kawan, nilai dan interpret by own sense.haha.

KALAM SAID: turn to Allah when you feel helpless, he will answer your prayer, always...

live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow



susahnya nak pilih ☹

thanks mr google 4 this pic

teringat masa jalan2 kat kb mall
dah xde tempat laen doh nk lepak lama2
popular / muda osman a.k.a. kedai buku
bukan nak kate aku ni ulat buku tapi aku ni tak suka bergelut dalam lautan manusia
rimas+xselesa+panas+diperhati+bising+sibuk
but i prefer popular, lebih luas n byk tmpat nak main sembunyisembunyi
nak curi baca buku lama2 pon x kesah
cam biasa, praturan abah tetapkan-1 buku je untuk satu lawatan ke kedai buku, jgn lebih2
1 je??tu yang masalah nak pilih
novel?islamic?fiction?motivasi?non-fiction?
hmm..abis modal+cara doh nk pilih ni
lepas timbang, tgk tebal, harga, macam2 lg
last skali...la lai li lai li tam plom
haha...nonsense


_PILIHAN_
susah nak buat pilihan..lagi susah kalo x buat pilihan
jap2..pilihan ape ni
menantu nak kasi umi??bukanlah
orang cakap sal future study
tu la kau aiman...tak pasang cita2 awl2
tiap2 tahun cita2 kau bertukar
erk? bila dah sampai masa cam ni bru kalut nk set ur mind
penim..penim..penim
bila sampai tyme macam ni
otak mula nak buat hipotesis segala macam(igt ujian peka ke ape??!)
hidup ni bukan macam main chess lam komputer la man,
senang2 hati je boleh undo n redo

faktor dalaman :  minat, sikap acuh xacuh, malas, kesungguhan, cita2, alahan, kesihatan
faktor luaran : umiabah, cikgu2, kawan2, biasiswa n tajaan, tawaran, peluang, permintaan dalam sektor pekerjaan, future life, sedaramara, gaji

semua benda tu mempengaruhi keputusan yang kita buat
sbb tu la kena tapis byk kali

dipendekkan cerita
aku ikut je yang umi abah aku suruh, just follow the flow
(medic 4 uia n jpa dalam negara)
the rest crite tu x boleh tulis cni, umum sgt
di samping manfaatkan semua pluang yang ada
i've made my mind..aku ada reason sdiri utk buat pilihan tu
yang first skali...berkat umiabah
yang tu x boleh beli kat kedai mana2
pasni tawakal n istikharah
dah xde jalan laen dah
kita muslim, last2 skali kena turn to Allah jugak


KALAM SAID :  turn to Allah, you never far away (pinjam lagu maher zain)


live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow



warkah al-faqer

Ya Allah..
Sudah lama aku teringin untuk menulis warkah cintaku kepadaMu..
Hanya Kau yang Maha Mengetahui hati ini..
Aku tidak tahu..
Adakah aku ditipu?
Aku memang telah tertipu dengan dunia yang fana ini..
Biarpun sebanyak mana hatiku menukil madah,
Tidak akan sesekali habis kalimahMu..
Tetap penuh biarpun ditambah gandaan segenap alam..
Aku keliru memilih panduan hidupku sendiri..
Mungkin suatu hari nanti
Engkau akan menunjukkan sesuatu yang lebih awla buatku ya Allah..

Oh, ya Allah..
Kenapa sejak akhir-akhir ini aku menjadi semakin buntu..
fikiranku bercelaru..
aku rasa kehilangan identiti diriku sendiri..
Aku rasa kekosongan pada jiwaku..

Aku tidak mampu mengharunginya seorang diri ya Allah..
Aku sedar kelemahan, kekhilafan dan kesalahan yang telah kulakukan selama ini..
Tapi, kenapa aku gagal menjauhinya ya Allah.. ?
Biarpun sejuta manusia yang menawarkan diri untuk menolongku
atau seumur hidup aku mengadu pada manusia,
tiada yang akan dapat membantuku sehebat kuasaMu.
Aku tidak mengerti akan diriku..
Tenggelam punca dalam kesibukan dunia..
Ah, dunia yang fana ini lagi!
Sukarnya untukku lari daripada kenyataan..

Ya Allah aku sudah tenggelam punca..
Aku hilang arah tuju..
Namun aku akan tetap mencari cahaya itu..
Cahaya yang Kau janjikan buat hamba-hambaMu yang beriman..
Namun kudambakan lebih daripada itu..
Aku mahu menjadi seorang yang bertaqwa di sisiMu..
Aku mahu jadi seorang yang istimewa di sisiMu..
Meskipun aku tahu hakikat kehambaan ini..
Aku tidak akan berputus asa untuk mendapatkan cintaMu..
Kerana aku tahu sesungguhnya Engkau Maha Penyayang..
Dan setiap ibadahku pasti bermula dengan kalimahMu..
Wahai Rabb yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Aku dahagakan cintaMu ya Allah..
Aku sanggup merempuh segalanya demi Engkau Tuhan yang Maha Esa..

Engkau bukan permata..
Bukan juga mutiara..
Tetapi Engkaulah yang Maha Pemilik segala..
Engkaulah yang memegang hati-hati ini..
Hati yang menangis di kala malam berlabuh..
Hati yang meronta kerana terlalu merinduiMu..
Hati yang tidak sanggup berjauhan denganMu walau sedetik..
Hati ini terasa keseorangan apabila keramaian..
Hati ini baru mengerti maksud Mahabbah kepadaMu..
Hati ini mahu setiap denyut nadinya hanyalah untukMu..

Ya Allah aku mengharapkan cinta semulia Nabi Muhammad,
Kasih yang tidak berbelah bahagi al-khalil Ibrahim,
Sifat pengasihani Siti Khadijah,
rindu sesetia Rabiatul Adawiyah,
Sabar secekal Fatimah,
Yakin sesuci Asiah,
Iman seteguh Sumayyah,
Jiwa sekental Bilal bin Rabah..

Aku benar-benar telah jatuh cinta..
Aku cintakanMu ya Allah..
Janganlah Engkau padam api kecintaanku terhadapMu ya Allah..
Malah kupohon agar Engkau semarakkannya dengan kasihMu dan nurMu..
Aku memerlukanMu pada setiap detik hidupku..
Aku sentiasa berkehendak kepada cintaMu,
rahmatMu dan petunjukMu..
Inni uhibbuka ya Allah, ya Habibi.. La ansaaka..
yang amat mencintaiMu,
Al-Faqeer ilallah.. 






live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow