teori konspirasi - dipetik i luv islam


Pernah dengar tentang Zionisme? Freemason/Illuminati? agenda2 Yahudi?
Teori ini merebak dan terus merebak, baik di Facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seolah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam yang sebenarnya iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah bagai diabaikan seketika.
Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, Teori Konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasul-Nya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." - Surah An-Nisa': Ayat 59
Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada dikonspirasikan. Alahai... kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf U (Upin), huruf U tersebut ditafsirkan sebagai USA dan I (Ipin) sebagai Israel.
Walhal, satu bukti sahih pun tidak dapat dikemukakan bagi membuktikan kebenaran konspirasi ini. Lebih menyedihkan, bukti sahih belum lagi dikemukakan, masyarakat sudah sibuk menyebarluaskan berita ini di blog dan Facebook.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
Bukan itu sahaja, ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, huruf i pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada Israel. 4G pula bermaksud god, gold, glory and girl. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang Teori Konspirasi.
Kualiti pemikiran umat Islam hari ini begitu jauh sekali jika dibandingkan sewaktu Islam memerintah dunia dengan Khilafah. Umat Islam pada zaman kekhilafahan bukan sahaja pakar dalam bidang keagamaan, mereka juga pakar dalam bidang fizik, astronomi, kimia, perubatan, dan lain-lain. Lihatlah umat Islam hari ini, sibuk membincangkan Teori Konspirasi, sehingga mereka lupa perkara yang lebih utama.
Wahai umat Islam, bangkitlah daripada mimpi yang enak diulit mimpi. Masalah umat masih belum selesai, mengapa kita sibuk membincangkan perkara-perkara yang kurang keutamaannya? Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thai, dan di serata dunia ditindas, adakah kita wajar melebihkan perbincangan tentang Teori Konspirasi yang belum tentu sahih faktanya?


hmmm, post ni membuatkan aku berfikir sejenak, terasa sket...mmg sstgah drp kita cukup fanatik dan benda2 gini..sampai x sedar hala tuju sebenar...ambil iktibar deh


live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow



Zaman dulu kala~part 1

8.00 a.m : halaman rumah

ari ni bosan...duduk kat rumah sorang2
nak bukak internet pon naik mual, lambat..
so keluar rumah n sapu sampah( ek??rajin nye)kua3
sapu daun2...kumpul setempat....bakar sampah

fuh, lama x buat macam ni...
puas ati rase tgk kemas sket halaman..
hmm, duduk atas tangga....fikiran aku mula merewang2 entah ke mana
jordan?mesir?ireland?uk?haha..mimpi la kot
tak...igt masa kecik2 dulu...

****

main pasir kat belakang rumah
haa...jgn silap paham, blakang rumah aku xde pantai pon
pasir tu masa rumah aku renovate..
bila sifat geram tgk pasir yang meninggi tu
apalagi mcm2 monumen yang aku buat..maklumla arkitek
paling best skali buat terowong, kakak aku pon sekepala..
paling xbest, bila umi panggil naek n mandi...
habuan nye pon ada, abis merah n gatal kulit..padan muka

sambung2 bunga tudung periuk

ntah, aku pon tak tahu nama saintifik bunga tu apa..
tp yg best macam2 boleh buat...
caranya mudah saja, hanya sambung dan buat apa saja mengikut kretiviti anda
dan bunga tu bukan ssh nk cari pon, available kat depan rumah je
haha...kesian kat bunga tu, asal berbunga je terus kena gondol kat aku
tp sekarang alhmdulillah bunga tu masih ada, dan siap full dgn bunga lg...x ambik dah
p/s:bunga tu layu lepas shari, xleh buat kenangan la

cabut ubat ayoh(datuk)
ni favourite ni...satu jam dapat 2 ringgit, igt lg
dan bukan senang, kena guna padi..bukan pengepit cam sekarang
beranda rumah tu slalunye buat keje ni..
hmm, bila difikirkan balik
ayoh aku saje je nak bagi aku ngan kakak aku ralik
daripada aku duk bising n buat macam2, baik la teman dia tido..haha

****

hmm, byk lagi kot...cuma ni yang sempat aku tangkap dalam khayalan td
tp rindu masa kecik2 dulu, walaupon seorang budak kampung..hehe
bersambung part 2

KALAM KATA : kalau dulu, alam dan dunia sekeliling menjadi teman kanak2,
sekarang?? laptop n internet la kot...kua3...fikir2 sampai x terfikir :)






live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow



susahnya nak pilih ☹

thanks mr google 4 this pic

teringat masa jalan2 kat kb mall
dah xde tempat laen doh nk lepak lama2
popular / muda osman a.k.a. kedai buku
bukan nak kate aku ni ulat buku tapi aku ni tak suka bergelut dalam lautan manusia
rimas+xselesa+panas+diperhati+bising+sibuk
but i prefer popular, lebih luas n byk tmpat nak main sembunyisembunyi
nak curi baca buku lama2 pon x kesah
cam biasa, praturan abah tetapkan-1 buku je untuk satu lawatan ke kedai buku, jgn lebih2
1 je??tu yang masalah nak pilih
novel?islamic?fiction?motivasi?non-fiction?
hmm..abis modal+cara doh nk pilih ni
lepas timbang, tgk tebal, harga, macam2 lg
last skali...la lai li lai li tam plom
haha...nonsense


_PILIHAN_
susah nak buat pilihan..lagi susah kalo x buat pilihan
jap2..pilihan ape ni
menantu nak kasi umi??bukanlah
orang cakap sal future study
tu la kau aiman...tak pasang cita2 awl2
tiap2 tahun cita2 kau bertukar
erk? bila dah sampai masa cam ni bru kalut nk set ur mind
penim..penim..penim
bila sampai tyme macam ni
otak mula nak buat hipotesis segala macam(igt ujian peka ke ape??!)
hidup ni bukan macam main chess lam komputer la man,
senang2 hati je boleh undo n redo

faktor dalaman :  minat, sikap acuh xacuh, malas, kesungguhan, cita2, alahan, kesihatan
faktor luaran : umiabah, cikgu2, kawan2, biasiswa n tajaan, tawaran, peluang, permintaan dalam sektor pekerjaan, future life, sedaramara, gaji

semua benda tu mempengaruhi keputusan yang kita buat
sbb tu la kena tapis byk kali

dipendekkan cerita
aku ikut je yang umi abah aku suruh, just follow the flow
(medic 4 uia n jpa dalam negara)
the rest crite tu x boleh tulis cni, umum sgt
di samping manfaatkan semua pluang yang ada
i've made my mind..aku ada reason sdiri utk buat pilihan tu
yang first skali...berkat umiabah
yang tu x boleh beli kat kedai mana2
pasni tawakal n istikharah
dah xde jalan laen dah
kita muslim, last2 skali kena turn to Allah jugak


KALAM SAID :  turn to Allah, you never far away (pinjam lagu maher zain)


live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow