teori konspirasi - dipetik i luv islam


Pernah dengar tentang Zionisme? Freemason/Illuminati? agenda2 Yahudi?
Teori ini merebak dan terus merebak, baik di Facebook ataupun di blog. Ini menunjukkan teori ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Perkara ini seolah-olah menjadi agenda utama umat Islam masa kini, dan agenda utama umat Islam yang sebenarnya iaitu menegakkan semula Daulah Khilafah bagai diabaikan seketika.
Memang tidak salah untuk membincangkan perkara ini dan umat Islam wajib menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan utama. Tetapi, umat Islam bagaikan sudah menumpukan perhatian yang lebih terhadap perkara ini, di mana fakta tentang teori-teori yang dikemukakan adalah belum tentu sahih. Dan secara kasarnya, Teori Konspirasi ini lebih sensasi berbanding Daulah Khilafah.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasul-Nya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." - Surah An-Nisa': Ayat 59
Sehubungan dengan itu, disebabkan ketaksuban terhadap teori konspirasi, rancangan animasi Upin & Ipin juga tidak terlepas daripada dikonspirasikan. Alahai... kasihannya Upin & Ipin. Hanya disebabkan oleh huruf U (Upin), huruf U tersebut ditafsirkan sebagai USA dan I (Ipin) sebagai Israel.
Walhal, satu bukti sahih pun tidak dapat dikemukakan bagi membuktikan kebenaran konspirasi ini. Lebih menyedihkan, bukti sahih belum lagi dikemukakan, masyarakat sudah sibuk menyebarluaskan berita ini di blog dan Facebook.
.يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
Bukan itu sahaja, ketaksuban segelintir masyarakat kita hari ini menyebabkan iPhone 4G juga terbabit sama. Ada yang menyatakan, huruf i pada perkataan iPhone sebenarnya merujuk kepada Israel. 4G pula bermaksud god, gold, glory and girl. Alahai, betapa tandusnya ilmu segelintir masyarakat hari ini! Inilah kerja bodoh segelintir umat Islam. Sudahlah ketinggalan jauh dalam bidang teknologi, kemudian sibuk mereka-reka kenyataan karut tentang Teori Konspirasi.
Kualiti pemikiran umat Islam hari ini begitu jauh sekali jika dibandingkan sewaktu Islam memerintah dunia dengan Khilafah. Umat Islam pada zaman kekhilafahan bukan sahaja pakar dalam bidang keagamaan, mereka juga pakar dalam bidang fizik, astronomi, kimia, perubatan, dan lain-lain. Lihatlah umat Islam hari ini, sibuk membincangkan Teori Konspirasi, sehingga mereka lupa perkara yang lebih utama.
Wahai umat Islam, bangkitlah daripada mimpi yang enak diulit mimpi. Masalah umat masih belum selesai, mengapa kita sibuk membincangkan perkara-perkara yang kurang keutamaannya? Umat Islam di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Selatan Thai, dan di serata dunia ditindas, adakah kita wajar melebihkan perbincangan tentang Teori Konspirasi yang belum tentu sahih faktanya?


hmmm, post ni membuatkan aku berfikir sejenak, terasa sket...mmg sstgah drp kita cukup fanatik dan benda2 gini..sampai x sedar hala tuju sebenar...ambil iktibar deh


live for this life as though you live in forever
and live for the life to come as though you die tomorrow



No comments: